Ingin anda belajar bina laman web terbaik dengan mudah serta cepat?
testimoni-kursus-elementor-wordpress-laman-web-kelas-bengkel-cms-page-builder

Tenaga pengajar yang sangat berkaliber. Beliau banyak mengajar tentang ilmu- ilmu pemasaran secara online. Saya amat berterima kasih kerana banyak membantu saya terutamanya untuk mengendalikan permasalahan wordpress. Segala usaha baik beliau untuk membantu orang ramai perlu diteruskan. Terima kasih!

Laila

Kursus Bina Website Wordress Profesional

Kini anda boleh membina sendiri laman web yang cantik dan profesional tanpa perlu mengupah orang lain. Anda boleh mendapatkan kemahiran yang diperlukan di sini.

Dimanakah Kursus Bina Website WordPress Profesional ini Diadakan?

Ianya diadakan di dalam suasana bilik kelas yang kondusif untuk pembelajaran kursus bina website WordPress Profesional. 

Selangor / Kuala Lumpur
ATC Putrawalk, Sabtu, 9 Pagi - 5.30 Petang

Utara/ Perak
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lenggong, Sabtu, 9 Pagi - 5.30 Petang

kursus-website-bina-laman-web-elementor-profesional-cantik-bisnes-online
testimoni-kursus-elementor-wordpress-laman-bisnes-web-kelas-bengkel-cms-page-builder

Kursus membina website wordpress memang saya nantikan selama ini. Kursus ini banyak membantu saya melengkapkan website personal saya setelah beberapa kali percubaan membina sendiri. Cara penyampaian langkah demi langkah amat mudah difahamai. Saya mengesyorkan kepada yang belum mempunyai website mengikuti kursus ini. Bagi saya, setiap penggiat keusahawan Internet wajib mempunyai website sendiri. Terima kasih!

Yusof

Kemahiran membina website adalah sangat penting bagi seorang usahawan Internet. Jika kita tidak membina sebuah website, kita kehilangan satu teknik pemasaran Internet yang paling efektif iaitu menggunakan enjin carian (search engine). Namun, jika kita mendapat kedudukan ke page-5 contohnya, bukanlah sesuatu yang baik. Kita sekurang- kurangnya perlu mendapatkan ranking di page-1 atau page-2 untuk memastikan pelayar Internet berkunjung ke website kita.

Di dalam kursus  pembinaan website CMS WordPress & eMarketing, ianya bukan sahaja mengenai pembinaan website semata- mata. Ianya akan melibatkan teknik dan tool yang diperlukan bagi membina sebuah website dan juga perniagaan Internet yang berjaya. Pendapatan lima angka sebulan adalah sesuatu yang tidak mustahil dan kita boleh lakukan menggunakan pemasaran Internet.

Pastikan diri anda tidak bertangguh atau membuang masa lagi. Masa adalah lebih bernilai daripada emas. Anda perlu mendapatkan kemahiran membina website CMS WordPress & eMarketing bagi menjamin kejayaan anda di dalam perniagaan Internet. Sudah pasti, rahsia bagaimana kita boleh berjaya akan didedahkan di dalam merangka strategi pemasaran Internet yang berjaya. Hadiri kursus WordPress & eMarketing adalah satu kemestian kepada mereka yang ingin berjaya dan sudah bosan menjadi usahawan Internet yang biasa- biasa sahaja. Daftar dan tempahlah tempat anda di kursus pembinaan website WordPress & eMarketing anda sekarang

Lokasi Kursus Bina Website WordPress Profesional di Kuala Lumpur / Selangor

*ATC PUTRAWALK*
Suite G-2-2, Jalan PP25,
Putrawalk Commercial Centre,
Pinggiran Putra off Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,Selangor

Lokasi Kursus Bina Website WordPress Profesional di Utara / Perak

*PUSAT EKONOMI DIGITAL LENGGONG*

Pusat Internet Pekan Lenggong, PEDi Lenggong,
A107, Jalan Besar,
33400 Lenggong, Perak.

Lapan Sebab Kenapa Belajar WordPress?

Apabila kita ingin melakukan sesuatu, sudah pasti ada sebab kukuh kita melakukannya. Jika tidak ada sebab yang kukuh dan juga boleh diterima, mungkin perkara yang kita lakukan itu menjadi sia- sia. Oleh itu, kenapa kita belajar membina website menggunakan WordPress?

Ini adalah lapan sebab atau alasan kenapa kita belajar membina website menggunakan CMS WordPress.

1.Wordpress adalah CMS no 1 di dunia. Ianya mengatasi pelbagai CMS lain seperti blogspot, joomla dan drupal. Dengan menggunakan Google Trend , kita dapat lihat carta penggunaan CMS  WordPress ini yang mengungguli kedudukan pada ketika sekarang.

2.Pelbagai template atau theme yang menarik boleh didapati dengan WordPress. Theme ini adalah berdasarkan tujuan dan tema website kita. Pelbagai theme yang percuma memenuhi kehendak. Ada juga theme premium yang boleh kita dapatkan dengan sedikit modal untuk menaikkan lagi seri website kita.

3.Plugin yang banyak melebihi jumlah 20 ribu. Pelbagai pilihan plugin dan widget kita boleh gunakan untuk website kita. Sudah tentu kita tidak menggunakan kesemuanya tetapi dengan adanya pilihan – pilihan ini, ianya membuatkan pembinaan website kita menjadi lebih mudah dan menepati kehendak. Pasti kita perlu memilih dengan teliti daripada beberapa plugin untuk sesuatu tugas.

4.Wordpress adalalah content management system yang amat mudah digunakan. Pasti kelebihan “user friendly” menjadi keutamaan. Dengan adanya langkah- langkah yang mudah dan tidak merumitkan, pengalaman membina website tidak memeningkan kepala. Dengan latihan yang cukup, sudah pasti kita teringin untuk membina lebih banyak website dengan WordPress.

5.ECommerce website boleh dibina dengan mudah dengan menggunakan woocommerce. Inilah kelebihan WordPress yang menjadi pilihan kepada kebanyak peniaga Internet. Sudah pasti, sesuatu yang nampak mustahil pada suatu ketika dahulu, kini dapat dibina dengan mudah oleh seseorang tanpa pengetahuan IT. Yang penting, ada minat untuk mendalami ilmu dan terus belajar dan pratikkan. Lalukan perniagaan dan jualan sebenar!

6.Kemaskini versi terbaru di WordPress dengan mudah. Jika CMS lain, ianya tidak dapat dilakukan kerana versi terbaru tidak sama dengan versi terdahulu. Theme atau plugin tidak sesuai dengan versi terbaru. Namun, ianya tidak terjadi di WordPress. Kita boleh upgrade versi wordpress tanpa ada kesulitan ke atas theme atau plugin yang sedia ada.

7.Rekabentuk responsif yang membuatkan paparan yang sesuai di mobile phone. Tidak dapat kita nafikan 70% orang sekarang melayari Internet dengan smart phone. Oleh itu, responsive design amatlah diperlukan dan ianya mudah disediakan di dalam WordPress. Kebanyakan theme WordPress sudah pun built-in responsif.

8.SEO adalah satu perkara yang amat penting di dalam pembinaan website. Ianya adalah penentu ranking sesebuah website di dalam enjin carian Google. Dengan WordPress, kita mudah meletakkan “enjin roket” SEO. Dengan plugin yang tersedia ada dan teknik – teknik kayakan keywords di dalam website kita amat mudah dilakukan dengan WordPress.

 
0
Lokasi Kursus Terkini
0
Jumlah Peserta
0
Jenis Kursus

Salam sejahtera,

Satu Kursus Pembinaan Website CMS WordPress & eMarketing akan diadakan Kursus ini adalah dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari pembinaan website dan Internet marketing.

Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop boleh menyertainya.Tempat adalah terhad kepada 12 orang sahaja, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini. Sijil akan disediakan kepada peserta. Hubungi segera urusetia.

Siapakah yang sesuai menyertai kursus pembinaan laman web WordPress & eMarketing ini? Sesiapa sahaja yang biasa menggunakan laptop ataupun pc. Itu sahaja syaratnya. Tidak perlu ada latarbelakang pendidikan bahagian IT. Sesuai untuk semua.

*Siapa yang patut hadiri kursus  Wordpress + eMarketing ini?*

  • Pelajar
  • Suri rumah
  • Pekerja
  • Guru
  • Peniaga
  • Penggiat Online
  • Pengurus Syarikat
  • Pensyarah
  • Kakitangan kerajaan
  • Kakitangan swasta
  • Usahawan
  • Bekerja sendiri
  • Sesiapa sahaja yang berminat.

*Apakah yang anda dapat di Kursus WordPress ini?*

  • Diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas di dalam dunia online business.
  • Kelas dijalankan secara hands-on terus membina website anda sendiri.
  • Mempunyai website anda terus berada di Internet selepas kursus.
  • Kelas pembelajaran yang selesa dengan jumlah peserta yang sesuai.
  • Cadangan bisnes online yang terbukti berhasil kepada anda jika diperlukan.
  • Tempat pembelajaran yang selesa untuk pembelajaran optimum anda.

*Kenapa kita buat online business?*

  • Nak isi masa lapang beronline
  • Nak buat income tambahan bayar hutang cepat
  • Nak pergi melancong ke luar negara
  • Nak belajar dan menguasai ilmu Internet
  • Nak berhenti kerja dan hidup ditanggung income online.

Kursus WordPress Yang Membantu Usahawan Dengan Yuran Yang Berpatutan dan belajar sampai pandai.

Kursus WordPress Yang Telah Membantu Membuat Jualan di Internet dan sentiasa relevan. 

 Kursus WordPress Yang Telah Menjadikan Perniagaan Lebih Maju Dengan Kos Yang Murah.

Apakah itu WordPress? 

WordPress adalah sistem pengurusan kandungan (CMS) sumber terbuka ataupun open source yang popular yang digunakan secara meluas untuk membina dan mengurus tapak web. Ia pertama kali dikeluarkan pada tahun 2003 dan sejak itu telah berkembang menjadi salah satu platform pembinaan tapak web yang paling banyak digunakan, dengan berjuta-juta tapak web dibina pada platform tersebut.

Dengan WordPress, anda boleh mencipta pelbagai jenis laman web, termasuk blog, portfolio, tapak e-dagang dan banyak lagi. Platform ini sangat boleh disesuaikan, dengan beribu-ribu tema dan pemalam tersedia yang boleh digunakan untuk menukar rupa dan kefungsian laman web anda. Selain itu, WordPress mudah digunakan dan tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal khas, menjadikannya pilihan popular untuk pemula dan pembina laman web berpengalaman.

Jika anda berminat untuk membina laman web dengan WordPress, anda boleh mulakan dengan menyediakan akaun pengehosan dan memasang CMS WordPress. Terdapat banyak tutorial dan panduan tersedia dalam talian yang boleh membantu anda bermula, dan komuniti WordPress ialah sumber yang hebat untuk sokongan dan nasihat. Terdapat juga kursus yang anda boleh sertai.

Apakah itu WordPress Elementor? 

WordPress Elementor adalah plugin visual editor yang memungkinkan pengguna WordPress untuk membangun halaman web yang menarik dengan cepat dan mudah. WordPress Elementor menyediakan berbagai macam widget, template, dan pengaturan gaya visual yang dapat digunakan untuk membangun halaman web dengan cepat dan mudah tanpa perlu mengetahui kode HTML atau CSS. Dengan menggunakan WordPress Elementor, pengguna dapat mengubah tampilan dan isi kandungan laman web mereka secara visual, dan melihat perubahan yang mereka buat secara langsung dalam waktu nyata.

Kursus Standard

Lokasi Di Kuala Lumpur/Selangor
RM 600 yuran sekali seumur hidup
  • Wordpress + SEO
  • Wordpress Profesional
  • Digital Marketing

Kursus Ditaja

Lokasi Di Pusat Internet
RM 190 yuran sekali seumur hidup
  • Wordpress + SEO
  • Wordpress Profesional
  • Digital Marketing
Popular

Alumni

Boleh Hadir Di Mana-Mana Sahaja
RM 20 yuran untuk sertai kembali
  • Wordpress + SEO
  • Wordpress Profesional
  • Digital Marketing

*Tenaga pengajar*

-seorang usahawan internet yang bergiat secara aktif daripada laptop/smartphone
-sedang menyambungkan pelajaran di peringkat PhD di UKM secara separuh masa.
-memiliki ijazah master of IT entrepreneurship di UTM (anugerah pelajar terbaik dengan CGPA 4.0)
-mempunyai ijazah sarjana muda (kepujian) di dalam bidang Mechatronics engineering(UIA)
-memiliki sijil eksekutif di dalam bidang web technology daripada UTM.
-mempunyai sijil di dalam bidang aplikasi website (CMS Joomla) daripada UKM.
-berkhidmat sebagai principal engineer (project manager) di dalam bidang semiconductor hampir 20 tahun.
-berpengalaman selama 15 tahun di bidang Internet business
-mempunyai pelbagai jenis perniagaan di Internet.

Bilakah Kursus Seterusnya?

Hubungi segera urusetia untuk mendapatkan info.

Days
Hours
Minutes
Seconds

Kenapa WordPress Elementor Menjadi Pilihan?

Laman web adalah suatu elemen penting dalam bisnes online masa kini. Pemilik website yang ingin menonjolkan kualiti perniagaan mereka memerlukan alat yang baik dan mudah digunakan. WordPress menjadi salah satu platform paling popular dalam pembinaan laman web, dan Elementor merupakan satu plugin yang semakin digemari dalam pembinaan website.

Elementor merupakan pembina website dengan drag-and-drop yang membolehkan pembina website mencipta laman web yang lebih menarik dengan lebih mudah. Pengguna juga boleh memilih dari pelbagai template yang telah disediakan oleh Elementor untuk memudahkan proses pembinaan. Terdapat juga pelbagai widget yang dapat disesuaikan untuk keperluan individu.

Pengguna WordPress dapat memilih untuk menggunakan Elementor sebagai pembina website kerana ianya adalah alat yang mudah dan berkesan. Pengguna tidak perlu memiliki pengetahuan pengaturcaraan yang mendalam untuk menggunakan Elementor. Selain itu, Elementor mempunyai banyak fungsi yang memudahkan pengguna mengedit laman web mereka secara cepat dan mudah.

Elementor merupakan pilihan yang tepat bagi usahawan internet yang ingin membangunkan laman web dengan cepat dan cekap. Dengan menggunakan Elementor, pengguna boleh mengekalkan kualiti laman web mereka dan menarik lebih banyak pelanggan ke dalam bisnes online mereka.

Apakah Itu Website ? 

Website atau laman web ialah koleksi halaman web yang berkaitan, imej, video dan aset digital lain yang boleh diakses melalui Internet. Laman web dihoskan pada pelayan dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet menggunakan penyemak imbas web, seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Microsoft Edge.

Laman web boleh menyediakan pelbagai tujuan, termasuk menyediakan maklumat, menjual produk atau perkhidmatan, hiburan dan banyak lagi. Mereka biasanya terdiri daripada halaman utama dan berbilang halaman yang disusun mengikut bahagian, seperti Mengenai Kami, Produk, Perkhidmatan, Hubungi Kami dan lain-lain.

Laman web boleh dibuat dan diselenggara oleh individu, perniagaan, organisasi dan entiti kerajaan. Mereka boleh menjadi statik, bermakna kandungan mereka tidak berubah, atau dinamik, bermakna kandungan mereka boleh berubah dalam masa nyata berdasarkan interaksi pengguna atau data daripada pangkalan data.

Dalam dunia digital hari ini, mempunyai laman web adalah bahagian penting dalam mana-mana jenama perniagaan atau peribadi, dan ia menyediakan platform untuk orang ramai berkomunikasi dan terlibat dengan khalayak yang lebih luas.

Inginkah anda dapatkan info seterusnya?

Klik link di bawah untuk mendapatkan info segera.
Scroll to Top
× Klik Sini